Admin Admin
Jumlah posting : 145 Age : 54 Location : kuala lumpur Registration date : 24.12.07
| Subyek: Mekah 2010 Wed 15 Dec 2010, 9:07 am | |
|
MEKAH SEBAGAI PUSAT DUNIA
Saintis dan ulama Islam mendesak waktu Makkah diguna pakai untuk menggantikan waktu antarabangsa 'Greenwich Meridian Time' atau dipanggil GMT kerana bandar raya suci umat Islam berkenaan terletak di lokasi sebenar pusat bumi. Umat Islam akan menghadap kiblat di Makkah setiap kali menunaikan solat.
Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, desakan itu disuarakan pada persidangan yang diadakan di Qatar dengan tajuk 'Makkah Pusat Bumi: Teori dan Amalan.' Seorang pakar geologi juga berkata, tidak seperti garis bujur lain, Makkah berada dalam kedudukan jajaran sempurna kepada medan magnet hemisfera utara. Pakar itu berkata, orang Inggeris melaksanakan penggunaan GMT ke seluruh dunia secara paksa ketika Britain menjadi kuasa penjajahan. Oleh itu, katanya, sudah tiba masa perkara itu diubah.
Greenwich adalah sebuah bandar di Britain dan GMT digunakan sejak 1884. Waktu GMT untuk semua zon masa di dunia diukur berdasarkan Garisan Meridian Greenwich di Pusat Pemerhatian Diraja Greenwich.
Sarjana Islam terkemuka, Dr Sheikh Yusuf al-Qaradawi, yang turut menyertai persidangan berkenaan menekankan, sains moden akhirnya membuktikan Makkah adalah pusat Bumi. "Bukti Makkah adalah pusat bumi sebenar adalah kiblat - perkataan Arab bermaksud arah umat Islam apabila menunaikan solat," katanya.
Persidangan itu turut menilai semula apa yang digambarkan sebagai jam Makkah - Saat Makkah - ciptaan seorang penduduk Islam Perancis, Yasin a-Shouk.
Jam itu dikatakan berputar arah lawan pusingan jam dan sepatutnya membantu umat Islam menentukan arah Makkah dari mana-mana tempat di bumi.
Persidangan di Qatar adalah sebahagian aliran popular di kalangan masyarakat Islam yang mahu mengumpul bukti bahawa sains moden menggunakan asas bukti daripada al-Quran. Amalan itu digelar 'Ijaz al-Quran', yang secara kasar diterjemahkan sebagai 'mukjizat al-Quran.'
Kepercayaan yang digariskan ialah kebenaran saintifik juga didedahkan dalam al-Quran, dan sudah menjadi tugas sarjana Islam untuk mendalaminya dan memperkenalkan buktinya. Isteri Yasin yang menjadi penyelia sidang, berkata: "Negara Barat memaksa kita menggunakan garis Greenwich yang tidak dapat dilihat sebagai rujukan masa dunia."
Beliau berharap, negara Islam dapat menyertai projek menggunakan waktu Makkah bagi memperkuat keyakinan bahawa Tanah Suci itu adalah pusat bumi, bukan secara teori tetapi praktikal.
Seorang cendekiawan Islam, Zaghloul al-Najjar, berkata negara Barat tidak suka melihat bukti saintifik menunjukkan Makkah berada di pusat bumi tetapi beliau dan tokoh Muslim lain akan meneruskan usaha supaya masyarakat antarabangsa menerima kebenaran itu. - Agensi
Keadaan Mekah diperingkat awal, boleh bersembahyang berdekatan dgn Kaabah
Lepas solat mengerjakan tawaf sunat
Tawaf disiang hari cuaca blh tahan 41 degree
Kelambu Kaabah di buat dari sutera benang emas. Kos kelambu 17 juta Riyal
Pancuran Emas di dalam Hijir Ismail, tempat mustajab berdoa selepas tawaf.
Di kawasan Multazam. Multazam bermula dari Hajarul Aswad ke Pintu Kaabah dgn lebar kawasan 2 meter persegi. Multazam adalah tempat mustajab berdoa selepas tawaf. Pintu Kaabah dibuat dari emas tulin.
Pancuran Emas dibuat dari emas tulin.
Bersembahyang didalam kawasan Hijir Ismail di bawah pancuran emas. Hijir Ismail, tempat mustajab berdoa.
Dinding Kaabah selepas kelambu Kaabah terpaksa diangkat kerana digunting oleh jemaah. Dinding kaabah dibina dari batu pejal.
Berebut2 mencium Hajarul Aswad
Bersesak utk bersembahyang dan berdoa di dalam Hijir Ismail
Tembok bebentuk melengkung sempadan Hijir Ismail
Pandangan dari sisi, di hujung adalah Hajarul Aswad. Bgn hadapan Masjidil Haram
Berada di pintu Babussalam (beretentangan Multazam) tempat mustajab berdoa.
Apabila menjelang hari Wukuf di Arafah kehadiran jemaah sudah maksima. Tawaf di kaabah semakin sesak
Dlm Masjidil Haram. Air Zam2 di hidang di dlm masjid.
Sai antara Bkt Safa Ke Bkt Marwah-peringkat awal jemaah blm ramai
Sai antara Bkt Safa Ke Bkt Marwah- jemaah semakin ramai
Hotel2 di sekitar Masjidil Haram yg sedang dlm pembinaan utk pembesaran Mekah yg boleh menampung 3 juta jemaah sekali gus.
Rumah kelahiran Nabi, berada dataran luar Masjidil Haram.
Hotel penginapan jemaah
Jemaah mendaki melawat Gua Hirak-tempat nabi menerima wahyu | |
|