ZAI PERMAI RESOURCES
ZAI PERMAI RESOURCES
ZAI PERMAI RESOURCES
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
GalleryIndeksLatest imagesPencarianPendaftaranLogin

 

 Masyair

Go down 
PengirimMessage
Admin
Admin



Jumlah posting : 145
Age : 54
Location : kuala lumpur
Registration date : 24.12.07

Masyair Empty
PostSubyek: Masyair   Masyair EmptyThu 16 Dec 2010, 4:58 pm


Masyair 24102010247
Jabal Rahmah, disinilah bermulanya sejarah manusia dimuka bumi ini. Bukit inilah
tempat pertemuan antara Nabi Adam dan Hawa selepas diperintahkan keluar dari Syurga
kerana pengaruh hawa nafsu mengikut hasutan iblis. Nabi Adam di turunkan di India dan Hawa
di turunkan di Iraq. Setelah sekian lama berpisah sejak keluar dari Syurga akhirnya kedua-duanya
berjumpa semuala di Padang Arafah ini di Jabal Rahmah. Kedua2 menangis dan berpelukan kerana menyesali
apa yg telah berlaku akibat hasutan iblis. Tanda batu putih adalah tempat pertemuan mereka, datuk nenek manusia.

Masyair 24102010244
Tanda batu putih tempat pertemuan Adam dan Hawa. Disinilah jemaah berdoa kasih sayang pasangan masing2
supaya Allah menemukan semula di dalam syurga nanti.


Masyair 24102010245
Diatas kemuncak Jabal Rahmah. Pandangan di bawah adalah Padang Arafah tempat
jemaah wukuf. Lihatlah pada hari ini Padang Arafah ditumbuhi dgn pokok hijau. Ini adalah
tanda besar dekatnya dunia dgn kiamat. Semasa zaman nabi Padang Arafah gersang
dan nabi pernah berkata tidak akan berlaku kiamat selagi Padang Arafah ditumbuhi
pohon hijau. Bagi yg mengambil iktibar sudah tentu membuat persedian menuju ke akhirat.

Masyair 15112010353
Jemaah  berwukuf di Padang Arafah. Wukuf bermula dari gelincir matahari (masuk waktu zohor)
sehingga terbenamnya matarhari (masuk maghrib). Hari wukuf adalah kemuncak haji. Pada hari
ini dalam berbilion manusia didunia ini Allah menjemput hambanya untuk menjadi tetamu sekitar
3 juta org berwukuf di Padang Arafah ini. Pada hari ini malaikat turun ke dunia, jika di buka hijab
ramainya malaikat turun ke Arafah digambarkan sebatang jarum yg di lepas di langit, jarum tersebut
tidak akan jatuh ke bumi kerana semua ruang dipenuhi oleh malaikat. Pada hari ini Allah memeberi
keistimewaan hambanya untuk memberi pengampunan dosa, memakbulkan doa dan membebaskan
dari api neraka. Pada hari ini ustaz memberi tahu bahawa adalah berdosa besar sekiranya jemaah
tidak yakin Allah mengampun dosa dan memakbulkan doanya. Tiada hijab doa pada hari Arafah terus
diangkat ke langit. Keistimewaan ini hanya ada 1 hari saja dalam setahun. Dengan itu berdoalah supaya Allah
menjemput kita menjadi tetamunya raja bagi segala mahkluk.

Lihatlah pokok hijau yg tumbuh di Padang Arafah. Hanya sjenis pokok saja yg boleh hidup di sini iaitu
pokok semambu. Pokok ini dibawa dari Indonesia , ditanam ratusan ribu pokok dgn teknologi yg ada hari ini
iaitu di salurkan air melalui paip air yg ditanam di dalam tanah.

Masyair 15112010360
Selepas berwukuf di Arafah, selepas solat Isyak jemaah bermabit di Mudzalifah.
Disini jemaah sunat bermabit hingga waktu subuh. Jemaah akan mengutip anak
batu untuk melontar di Jamrah pada hari tasrik 11,12 dan 13 zulhijjah.

Bayangan manusia semasa di bangkitkan di hari akhirat nanti. Semuanya sama
yang membezakan adalah amalan yg dibawa nanti. Jika amalan baik I-Allah mudah
untuk menuju ke Sirat. Diakhirat manusia pertama yg akan dibangkitkan adalah
Rasulullah, kedua Saidina Abu Bakar, ke tiga saidina Umar, seterusnya keluarga2 nabi
dan sahabat di perkuburan baqik seterusnya manusia biasa. Senang sengsara bergantung
pada amalan yg dibawa semasa hidup didunia ini. Disini pun dapat dilihat keadaan manusia semasa berhimpun. Ada yg timbul masalah dalam perjalanan, ada sakit, ada yg keletihan tak sedar2 diri. Yg
istimewa mudah dan mengisi waktu dgn dgn zikir, doa, membaca quran,betahajjud.


Masyair 15112010363
Mabit di Mudzalifah

Masyair 16112010366
Mabit di Mudzalifah

Masyair 16112010369
Selepas Subuh bertolak pula ke Mina

Masyair 17112010383
Keadaan Jamrat (tempat melontar) diwaktu malam

Masyair 18112010440
Keadaan khemah di Mina

Masyair 17112010413
Jamrat di siang hari

Masyair 17112010407
Dari khemah bergerak melontar ke Jamrat

Masyair 17112010381
Melontar di Jamrat

Masyair 16112010375
Melontar di Jamrat

Masyair 17112010402
Suasana jemaah menuju untuk melontar di Jamrat

Masyair 800
Suasana tidur dlm khemah di Mina

Masyair 900
Dari khemah melalui terowong Muazim utk melntar di Jamrat. Perlajanan mengambil masa 1 jam ke Jamrat.
Kembali Ke Atas Go down
https://zalpermai.indonesianforum.net
 
Masyair
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
ZAI PERMAI RESOURCES :: SUDUT MEREHAT MINDA :: MEKAH 2010-
Navigasi: