ZAI PERMAI RESOURCES



 
CalendarGalleryIndeksFAQAnggotaGroupPencarianPendaftaranLogin

Share | 
 

 Masjid Nabawi 2010

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
zalpermai



Jumlah posting : 153
Location : kuala lumpur
Registration date : 25.12.07

PostSubyek: Masjid Nabawi 2010   Tue 14 Dec 2010, 9:49 am


Suasana pertama kali menjejaki Masjid Nabi ( Hari 3 pernerbangan). Sejarah
Masjid Nabawi bermula apabila perintah Allah utk nabi berhijrah dari Mekah ke
Madinah akibat dari ancaman pembesar Mekah pada masa itu (kaum Quraish). Apabila
sampai di Madinah nabi melepaskan untanya dan tempat akhir unta berhenti di sinilah nabi
memulakan tapak masjid. Pada hari ini, inilah rupanya Masjid Nabawi. Phadilat amalan semasa di
masjid nabi setiap amalan akan digandakan 1000 x dan nabi berkata barang siapa yg menzirahi aku
selepas kewafatan aku akan mendapat syafaatku semasa manusia dalam kesengsaraan di Mahsyar nanti.


lepas solat isyak jemaah pulang ke hotel


Ke masjid solat subuh


payung automatik berkembang apabila masuk waktu israk dan tutup apabila masuk maghrib.


pandangan Masjid Nabawi dari atas hotel.


Suasana didalam Raudhah (taman2 syurga) - tempat mustajab berdoa.


Hiasan2 dalam kawasan Raudhah - tak dapat digambarkan keadaan di dalam syurga nanti


Syahdunya suara imam dalam masjid nabi - tempat muazim melaungkan azan


barang siapa menjadi tetamu Allah akan sentiasa merindui masjid nabi


Semua mata tetumpu ke bawah. Sebenarnya ada insan dimuliakan Allah. Meninggal
ditempat mulia (masjid nabi), dalam Raudhah berdekatan dengan jasad nabi. Apakah amalan
hamba ini sehingga diambil tempat yang mulia sebegini. pergi haji adalah jihad, dalam
jihad kemungkinan pergi tidak kembali.


kawasan Raudhah di letakkan kapet hijau. Diluar di lingkungan dengan rentangan
berwarna putih. untuk masuk ke dalam ruadhah adalah menjadi rebutan
kerana tempat mustajab berdoa. sebenarnya ia bergantung kepada rezeki masing2.
Ada orang dapat lama duduk didalam raudhah. barang siapa taat kepada rasul dan
mengikuti sunnah biasa mendapat rezeki dan kemuliaan disini.




Hiasan khat pada dinding sekitar kawasan raudhah.


melalui pintu Babussalam. Tiga bentuk kubah adalah pintu ke makam Nabi, Saidina
Umar, Saidina Abu Bakar. Dua sahabat ini sahaja yg layak utk dimakamkan bersebelahan dengan
nabi. Umar sahabat yg paling kuat mempertahankan/menguatkan Islam dan Nabi.
Abu Bakar orang banyak mengorbankan hartanya ke jalan Allah sehingga beliau melapaskan kepada nabi yg tinggal padanya hanya Allah dan Rasul shj. Itu pengobanan mereka sehingga kita menjadi Islam pada hari ini.


Suasana di luar kawasan raudhah, jemaah belum ramai suasana waktu lepas subuh(waktu dhuha)




Jemaah sudah ramai pada hari ke 8, pemandangan lepas waktu maghrib.


Dibawah kubah hijau inilah letaknya jasad Rasulullah. Tempat mustajab berdoa


Kubah hijau di sisi pintu Babussalam


Ladang kurma di Madinah. Disinilah letaknya pasar kurma jemaah membeli belah
kurma2 segar.


Bukit Uhud, sejarah peperangan Uhud yg menyayat hati pejuang2 Islam. Panjang
nya Bukit Uhud 6 km. kepanasan sehingga tiada tumbuhan yg boleh hidup.
Sebelah kanan bukit kecil tempat Nabi menenpatkan pasukan memanah

Bukit tempat Nabi menempatkan pasukan memanah.

Kubur syuhada pejuang2 Islam yg terkorban semasa perang Uhud.

BANJIR MADINAH 2013

JASAD PARA SAHABAT NABI TIMBUL MASIH UTUH DAN BERDARAH | Waktu terjadi banjir di Madinah, kubur 70 orang keluarga Perang Uhud itu dilanda banjir. jasad para sahabat timbul keluar dalam keadaan masih utuh kerana mereka dikuburkan di kawasan padang pasir.

Selepas banjir surut, darahnya masih mengalir harum dan dikuburkan semula tetapi sudah tidak ditandai nama-nama jenazah tersebut dan yang ditandakan kerana dikenali cuma 2 sahaja iaitu Saidina Hamzah RA kerana diketahui dengan luka didadanya, badannya tinggi besar.

Jasadnya masih berdarah dan harum. Bahkan tangannya masih menekup lukanya akibat terkena tombak, yang masih keluar darah. Walaupun sudah beberapa ribu tahun.
Dan yang satu lagi adalah Abdullah bin Jaz RA kerana diketahui telinga dan hidungnya terpotong akibat diikat benang. Kedua orang inilah yang sekarang nisannya ada di Uhud. Jadi kalau sekarang kita berziarah ke Gunung Uhud, hanya ada 2 nisan saja.

Sebuah “Kesaksian” Dr Thariq As-Suwaidan dalam kasetnya yang amat berharga “Qisshatun Nihayah” yang dinukil secara langsung dari Syaikh Mahmud Ash-Shawaf menyebutkan peristiwa besar yang dialami oleh sebahagian ulama dalam penguburan semula sebahagian sahabat yang gugur syahid di perang Uhud.

Bagaimana mereka menyaksikan para sahabat setelah 1400 tahun berlalu, bagaimana jasad mereka seperti sedia kala tanpa perubahan, tanpa pembusukan. Sebagai bukti nyata atas kebenaran berita gembira dari Nabi Muhammad SAW kepada para syuhada, bahawa bumi tidak memakan jasad mereka.

Berikut adalah sebahagian dari kaset pembicaraan Dr Thariq As-Suwaidan tentang peristiwa tersebut. “Syaikh Mahmud Ash-Shawaf telah menyampaikan kepada kami bahwa dia adalah salah seorang yang diundang daripada kalangan ulama besar untuk pemakaman semula para sahabat yang gugur syahid di perang Uhud di kompleks kuburan syuhada Uhud iaitu sebuah kawasan perkuburan yang terkenal.

Kerana dilanda banjir, maka sebahagian jasadnya timbul ke permukaan. Para ulama diundang untuk menguburkan semula para sahabat tersebut. Beliau berkata ”Di antara orang yang aku kuburkan adalah Hamzah RA, badannya besar, kedua telinga dan hidungnya terpotong, perutnya terbelah, dia meletakkan tangannya di atas perutnya.

Ketika kami menggerakkannya dan mengangkat tangannya, darahnya mengalir. Aku menguburkannya bersama sahabat-sahabat lainnya yang gugur syahid di Uhud.” Dr Thariq As-suwaidan berkata, ”Ini adalah perkara yang terbukti secara mutawatir dan dengan mata kepala. Semoga Allah SWT menyampaikan kita semua ke darjat para syuhada.

Syaikh Mahmud telah menyampaikan kepada kami tentang aroma harum misk yang berasal darinya ketika darah mengalir dari jasad Hamzah RA.” SubhanAllah, setelah 1400 tahun lebih, betapa agungnya Engkau ya Allah. Alangkah besarnya kekuasaan-Mu, Maha suci Engkau.

Betapa utamanya, betapa mulianya, Allah memberikannya kepada para syuhada. Jika seperti itu kemuliaan jasadnya yang terpendam di perut bumi yang tak seorangpun melihatnya, lalu bagaimanakah dengan kemuliannya di surga yang luasnya seluas langit dan bumi.

Selamat bagi yang telah melihat sahabat mulia ini, Hamzah bin Abdul Mutthalib RA pakcik Rasulullah SAW Jasad Syuhada Yang Tidak Mengalami Pembusukkan Jabir bin Abdillah bercerita, ”Menjelang perang Uhud, ayahku memanggilku pada malam hari. Ia berkata: ’Aku merasa akan menjadi orang yang paling pertama gugur di antara para sahabat Nabi SAW.

Sungguh aku tidak meninggalkan sesuatupun yang lebih kusayangi selain engkau, disamping Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya aku memiliki hutang, maka lunasilah. Dan bersikap baiklah kepada saudara-saudara perempuanmu.’ Keesokan harinya, ia pun menjadi orang yang pertama gugur.

Ia dimakamkan bersama orang yang lain dalam satu lubang kubur. Tetapi hatiku merasa kurang selesa membiarkan ayahku berkongsi lubang kubur bersama orang lain. Enam bulan kemudian, aku membongkar makamnya dan mengeluarkannya. Ajaib, jasadnya masih tetap utuh sama seperti pertama kali aku menguburkannya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Fathul Bari, 3/214 )

Petikan hadis di atas membuktikan di mana ayah Jabir RA terbunuh dalam perang Uhud dan ketika enam bulan kemudian makamnya dibongkar, maka jasadnya tetap utuh. Enam bulan adalah waktu yang lama di mana tubuh mayat seharusnya sudah hancur.

Penelitian membuktikan bahwa 24-36 jam pertama mayat dikuburkan, maka bola mata mulai menonjol dan kornea menghitam. Cabang-cabang urat nadi mulai terlihat di perut dan dada. 2-5 hari berikutnya, wajah dan seluruh tubuh menggelembung, dari tubuh mayat keluar bau busuk. Setelah melewati 5-10 hari, kulit mulai rapuh dan tubuh dilitupi larva.

Organ-organ tubuh meleleh ke tanah dan mulai menyisakan tulang saja. (dinukil dari buku Ushuluth Thibbisy Syar’i, Dr. Muhammad Ahmad Sulaiman) CATATAN - Dalam buku sejarah bencana banjir pertama kali terjadi pada tahun 46 Hijrah atau 667 Masehi atau 43 tahun setelah Perang Uhud yang ceritanya mirip, iaitu jasad jasad mereka mengapung.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
 
Masjid Nabawi 2010
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» Ramalan Dunia Dari Tahun 2010 Sampai 5079
» [RS/HF/FS/FSC] City Under Siege 2010 DVDRip XviD-GAYGAY 700MB
» WTs PIAGGIO MP3 WARNA HITAM 2010 ( SOLD SOLD SOLD )
» Ninja 250 FuLL Modif tahun 2010 akhir
» Perbedaan Spesifikasi Ninja 205R 2008,2009,2010

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
ZAI PERMAI RESOURCES :: SUDUT MEREHAT MINDA :: MADINAH 2010-
Navigasi: