ZAI PERMAI RESOURCES



 
CalendarGalleryIndeksFAQAnggotaGroupPencarianPendaftaranLogin

Share | 
 

 GARAM AURA AROMA

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
Admin
Admin


Jumlah posting : 145
Age : 47
Location : kuala lumpur
Registration date : 24.12.07

PostSubyek: GARAM AURA AROMA    Sat 12 Apr 2014, 1:14 pm


HARGA RM40

GARAM AURA AROMA (GAMA)

Garam Aura Aroma (GAMA) digunakan bertujuan membangkitkan  energy dalam diri yang disebut sebagai AURA. GAMA adalah gabungan energy daripada garam bukit Himalaya dan pati bunga ros.  Amalan mandian GAMA setiap hari  akan membaikki proses pembersihan AURA. Diri kita akan
sentiasa tenang, damai, berenergy, positif, sihat, ceria  dan potensi diri akan meningkat.

AURA GARAM BUKIT HIMALAYA

Garam bukit Himalaya menggetarkan gelombang positif menghasilkan energy untuk tubuh. Ia mengandungi 84 galian yang diperlukan oleh tubuh badan dan otak manusia bagi mengekalkan kesihatan dan kestabilan AURA.
84 “ natural” elemen yang terkandung dalam garam bukit adalah;
hydrogen, lithium, beryllium,boron,carbon,nitrogen,oxygen,fluoride,sodium, magnesium,aluminum,silicum,phosphorus,sulfur, chloride, calcium, scandium,titanium,vanadium,chromium,manganese,iron,cobalt,nickel,copper,zinc,gallium,
germanium,arsenic,selenium,bromine,rubidium,strontium,yttrium,zirconium,niobium,
molybdenum,ruthenium,rhodium,palladium,silver,cadmium,indium,tin,antimony,tellurium,
iodine,cesium,barium,lanthanum,cerium,praseodymium,samarium,europium,gadolinium,
terbium,dysprosium,holmium,erbium,thulium,ytterbium,lutetium,hafnium,tantalum, fungsten,rhenium. Osmium,iridium,platinum,gold ,mercury ,thallium,lead,bismuth,polonium,astatine,francium, radium,actinium,thorium,protactinium,uranium,neptunium and plutonium.

Natural Resources, Inc., pengarang buku, “Water & Salt, The Essence of Life” oleh Dr. Barbara Hendel, MD and Biophysicist, Peter Ferreira.

Garam Bukit dapat membantu meningkatkan aura dan potensi diri. Bagaimana? Garam bukit ini antara rahsia alam yang mempunyai tenaga atau energi. Sama seperti air. Dua bahan ini mempunyai kekuatan memerangkap gelombang dalam cara berbeza. Sebab itu dalam perubatan Islam, air dan garam banyak digunakan. Tapi bukan garam laut, garam bukit. Ini kerana garam bukit tidak disukai jin dan syaitan. Banyak lagi rahsia garam, air sejuk, tulang dan darah dan lain-lain lagi yang menjadi rahsia dalam diri kita. Gabungannya sangat membantu membentuk aura diri yang baik.

Dari Abdullah Bin Umar

” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”

Garam bukit amat baik untuk penjagaan kesihatan kerana  ia berfungsi sebagai  penarik toksid, asid, racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur-unsuf negatif. Garam juga berperanan untuk membuat balance balik sistem tubuh kita supaya menjadi seimbang.

BAGAIMANA GARAM MEMBINA AURA?


Dari segi saintifik, garam berstruktur kristal yang unik. Struktur atom garam bukan berbentuk molekul tetapi berbentuk caj elektrik. Fakta ini membuktikan garam mampu berubah bentuk. Semasa kristal kuarza garam yang direndam ke dalam air, ia langsung tidak bertukar menjadi molekul walaupun ia berstruktur kristal. Sungguh pun kristal garam boleh membekalkan tenaga, tetapi corak frekuensi tenaga bergantung kepada corak air yang dengan mudahnya garam terlarut.

Kristal kuarza garam berkeadaan kekal. Apabila garam larut dalam air, ia cair membentuk sole (so-lay). Sole bukan air bukan juga garam. Apabila berlaku proses penyejatan, sole menjadi garam semula. Garam berbeza dengan zat makanan lain. Sebagai contoh, kanji akan bertukar menjadi gula, protein akan bertukar menjadi asid amino dan lemak pula bertukar menjadi gliserin dan asid. Tetapi garam tetap garam. Ia secara terus dapat digunakan di dalam sel badan dalam bentuk ion iaitu sole.Semua zat  makanan mesti berpecah kepada sebatian lain supaya badan dapat menggunakannya. Tetapi garam terus kekal dalam bentuk asalnya malah ia memasuki bahagian otak kita.

GARAM DAN AKTIVITI OTAK

Proses tindakan anggota kita memerlukan garam atau unsur semulajadinya yang berbentuk ion. Sebagai contoh, sistem saraf kita untuk menghantar rangsangan yang telah direkod melalui deria input ke otak kita. Kemudiannya otak akan menghantar maklumat ini kembali kepada otot untuk bertindak balas mengikut rangsangan yang berlaku.

Tindakan tadi berlaku aliran arus elektrik pada dinding membran sel. Ion caj potassium yang positif meninggalkan sel. Kerana saiznya yang besar, ion caj sodium yang positif tidak dapat memasukinya. Dengan itu, bahagian luaran menjadi caj positif dan bahagian dalaman menjadi caj negatif. Tindakan anggota kita apabila sistem saraf menerima rangsangan membrannya tiba-tiba menjadi polar bertentangan dan akibatnya telah diresapi oleh ion sodium.

Hanya dalam masa yang sangat cepat iaitu 1/1000 saat, arus elektrik terjana dan berlaku arus aliran elektrik. Dengan setiap denyutan saraf dalam badan, 90 mill volt tenaga terhasil. Rangsangan yang diterima kini bertukar menjadi fikiran dan perbuatan. Tanpa unsur potassium dan sodium dalam garam, proses ini mustahil berlaku. Apalagi untuk berfikir, apalagi untuk bertindak juga mustahil tanpa kehadiran unsur berkenaan. Bermain dengan garam menjadi neuron dalam otak tumbuh dengan banyaknya. Bila saraf neuron dalam otak banyak kita berfikir dengan cepat kerana arahan cepat melakukan connection. Dengan kata lain kita bijak. Kanak-kanak yang mengambil garam bukit setiap hari memang akan menjadi bijak dan tangkas berfikir, tidak lembab. Itulah rahsia garam bukit. Jika tidak tak kan Nabi SAW mengamalkannya. Hanya kita saja tidak berfikir secara saintifik apa yang Nabi saw amalkan. Itulah yang ia disebut sebagai benda-benda berkat yang Allah turunkan dari langit. Nampak saja ia simple tapi sangat hebat khasiatnya.

Satu tindakan anggota kita memerlukan berjuta-juta arahan yang berlaku melalui dorongan dari neuron-neuron diotak . Pada mulanya hanyalah fikir sahaja. Fikiran itu sebenarnya adalah frekuensi gelombang elektromagnet. Garamlah yang bertanggungjawab untuk membolehkan frekuensi gelombang itu ditukarkan menjadi arahan kepada otot dan organ badan kita.


AURA PATI BUNGA ROS

Kajian sains telah membuktikan bunga adalah agen pencerap tenaga matahari yang paling baik. Mandian  air yang bercampur dengan bunga membolehkan badan menyerap energy matahari yang disimpan dalam bunga. Gabungan antara molekul bunga dengan AURA tubuh dapat
memberi rangsangan istimewa untuk mengembalikan kesegaran dan kecantikan seseorang, menstabilkan  emosi,meningkatkan tahap kesihatan dan keceriaan.

"Kajian saintifik juga menunjukkan bauan aroma bunga merangsang emosi ceria. Bahkan, mereka yang sentiasa dikelilingi dengan bunga lebih sihat, gembira dan tenang," jelas Profesor Psikologi, Jeannette Haviland-Jones di Rutgers, Universiti New Jersey.

Air digunakan sebagai mandian GAMA berfungsi sebagai medium  membawa masuk energy matahari dari pati bunga ros dan memerangkap gelombang dari garam bukit Himalaya. Energy akan meresapi ke dalam tubuh badan melalui reseptor bulu roma lalu  merangsang hormon di dalam
badan untuk memancarkan AURA yang baik.

APA ITU AURA?

AURA terjadi akibat getaran gelombang dalam tubuh kita. Ianya merupakan lapisan halus yang terbentuk di luar tubuh manusia. AURA adalah medan arus tenaga elektromegnetik atau perisai halus yang terdiri daripada sejumlahgetaran gelombang tenaga yang bersifat metafizik (ghaib).

Warna AURA itu jika dapat di lihat seperti sebutir telur yang mengelilingi tubuh kita dari kaki hingga ke atas kepala. Warna yang dipancarkan itu akan mengelilingi tubuh dalam bentuk putaran arah lawan jam. Jika kita berjaya memancarkannya dengan kuat, maka ia akan menjadi semakin besar dan meluas di sekeliling kita.

BAGAIMANA AURA TERJADINYA ?

Setiap objek terdiri daripada molekul-molekul zarah (atom). Molekul-molekul atom mengandungi elektron yang bercas negatif (-ve) dan protonyang bercas positif (+ve). Cas-cas inilah yangbergetar menghasilkan gelombang. Berlaku tarikan aliran cas menghasilkan arus elektrik. Aliran arus elektrik ini akan menjana tenaga (energy) . Setiap sesuatu yang memiliki tenaga akan menghasilkan medan tenaga. Medan tenaga itulah yang dikenali sebagai AURA.

KENAPA PENTINGNYA AURA?

Bumi dilindungi oleh lapisan ozon yang befungsi sebagai penapisan sinaran radiasi matahari Utra Violot (UV) dan mengawal suhu bumi. Lapisan ozon itu adalah AURA bumi. Begitu juga manusia, mempunyai lapisan ozon iaitu AURA. AURA bertindak sebagai lapisan pelindung tubuh badan manusia dari sinaran radiasi UV matahari. Dengan penipisan lapisan ozon atau AURA itu, kita berisiko terkena pancaran radiasai UV yang tinggi. Ini boleh boleh membawa kepada penyakit kanser kulit, kataraks dan kelemahan sistem imunisasi badan.

AURA dari sudut rohani, seumpama magnet diri. Medan tenaga AURA yang besar datangnya dari ketulusan hati, iman dan akidah yang mantap. Sifat magnet ialah mempunyai hukum tarikan. Hukum tarikan AURA sama seperti hukum tarikan graviti iaitu menarik objek mendekati medan tenaganya. Dengan itu AURA yang baik akan menarik segala rahmat Ilahi yang berupa segala macam kebaikkan dan rezeki.

AURA yang baik bererti mengekalkan diri dalam getaran gelombang positif (Alpha wave) yang damai, tenang, positif dan penuh energy. Sentiasa dalam gelombang positif ini akan menjadikan diri sebagai perisai dari gangguan makhluk halus jin dan syaitan akibat dari perbuatan sihir. Ini adalah kerana jin dan syaitan tidak gemar kepada gelombang positif kerana jin dan syaitan itu sendiri adalah negatif. Jika GAMA dirukyah, ia mampu
mencederakan fizikal jin dan syaitan.

APAKAH KESAN AKIBAT KEBOCORAN AURA?

Akibat dari tekanan hidup seharian, pengambilan makanan segera, merokok, meminum arak, penyalah gunaan dadah, pendedahan radiasi sinaran radio aktif akibat dari penggunaan telefon bimbit dan komputer akan menyebabkan kebocoran AURA. Kebocoran AURA akan menyebabkan keletihan, kemurungan, pemikiran negatif, melemahkan sistem tenaga dalam badan dan sistem imunisasi badan.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://zalpermai.forumotion.com
 
GARAM AURA AROMA
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» Penghilang Bau HELM Dan Sepatu..dijamin wangi
» efek air yg tercampur dalam bbm

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
ZAI PERMAI RESOURCES :: GARAM AURA AROMA (GAMA) :: GARAM AURA AROMA-
Navigasi: