ZAI PERMAI RESOURCES



 
CalendarGalleryIndeksFAQAnggotaGroupPencarianPendaftaranLogin

Share | 
 

 Habbatus Sauda Mampu Mencegah Diabetes

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
Admin
Admin


Jumlah posting : 145
Age : 48
Location : kuala lumpur
Registration date : 24.12.07

PostSubyek: Habbatus Sauda Mampu Mencegah Diabetes   Mon 04 Nov 2013, 1:24 am


Habbatus Sauda Mampu Mencegah Diabetes

Penyelidik-penyelidik menemui bahawa Nigella sativa dan bahan aktifnya Thymoquinone, mempengaruhi paras gula dan insulin di dalam badan. Tambahan pula, mereka mencadangkan bahawa aktiviti antioksidan Habbatus Sauda’ mampu mengurangkan kecederaan terhadap sel-B di dalam pancreas. Kajian tersebut menemui kurang kecederaan terhadap tisu-tisu haiwan yang mempunyai diabetes setelah mengambil Habbatus Sauda’. Disebabkan itu, mereka telah merumuskan bahawa thymoquinone mendatangkan kesan hepatoprotective, iaitu kesan perlindungan terhadap hati disebabkan oleh kesan langsung atau tidak langsung aktiviti anti-oksida Habbatus Sauda’.

Beberapa kajian telah dilakukan untuk mengkaji kesan-kesan Habbatus Sauda pada paras gula di dalam darah. Kajian-kajian ini telah dilakukan ke atas beberapa haiwan, termasuk arnab, kambing, dan tikus. Keputusan kajian-kajian ini sangat memberangsangkan kerana telah menunjukkan kesan yang penting terhadap paras gula iaitu dapat menurunkan paras gula di dalam darah setelah diberikan Habbatus Sauda’ untuk sekurang-kurangnya 48 jam. Kesan tersebut akan terus meningkat apabila Habbatus Sauda’ diberikan untuk tempoh yang panjang, iaitu sehingga beberapa minggu. Oleh sebab itu, pada masa kini Habbatus Sauda’ digunakan sebagai sebahagian daripada rawatan untuk diabetes.

Pada tahun 2002, kajian yang dilakukan di Gifu Universiti di Jepun telah membuktikan bahawa Habatus Sauda’ boleh digunakan sebagai rawatan Type 2 diabetes. Pada tahun 1991, Kuwait Universiti telah menjalankan kajian ke atas mekanisma aktiviti Nigella Sativa berkaitan dengan diabetes. Mereka menjumpai bahawa ekstrak Habbatus Sauda’ adalah ubat yang sesuai digunakan untuk merawat penyakit diabetes yang tidak memerlukan insulin. Pada tahun 2003, tiga fakulti di Van, Turki, dan pada 2004 di Faculty of Medicine, Universiti Zonguldak Karaelmas, Zonguldak mengesahkan bahawa Nibella Sativa dapat menurunkan paras gula di dalam darah kepada paras normal bagi arnab yang menghidapi diabetes.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://zalpermai.forumotion.com
 
Habbatus Sauda Mampu Mencegah Diabetes
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
ZAI PERMAI RESOURCES :: HOUSE OF HONEY :: Kajian Habbatus Sauda Bagi Penyakit Diebetis-
Navigasi: