ZAI PERMAI RESOURCES



 
CalendarGalleryIndeksFAQAnggotaGroupPencarianPendaftaranLogin

Share | 
 

 Khasiat Garam Bukit

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
Admin
Admin


Jumlah posting : 145
Age : 47
Location : kuala lumpur
Registration date : 24.12.07

PostSubyek: Khasiat Garam Bukit   Tue 29 Oct 2013, 1:27 pm

Ambil secubit garam sunnah mengikut panduan yang diberikan . Guna ibu jari dan jari telunjuk, diikuti jari manis , jari kelingking dan jari telunjuk semula untuk mengambil secubit garam ( 4 X ). Kalau boleh jangan campur dengan orang lain kalau anda mencubit garam itu dari bekasnya . Ia khas untuk anda sahaja . Berkaitan dengan sistem penghadaman dan energy anda, kalau perlu asingkan dari bekasnya. Amal sebelum dan selepas makan dapat hindari 330 jenis penyakit paling kurang , kusta , gila, sakit gigi, keracunan, sakit kepala ,melancarkan sistem penghadaman secara semulajadi dan selebihnya hanya ALLAH S.W.T yang mengetahui ( cara perubatan Rasulullah SA.W ).

Rasullullah setiap kali menggembara akan memamah sedikit garam sebelum mengambil makanan atau minuman. Ini bertujuan untuk menstabilkan badan, meningkatkan ketahanan/imiun badan kerana setiap bumi/ tempat mempunyai udara, megnatik dan hawa yang berlainan. Dalam kitab perubatan Islam ada menyebut ia dapat mengembalikan tenaga yang hilang semasa perjalanan.

Cara Rasullullah ini telah menjadi amalan oleh pengembara/penuntut ilmu atau sesiapa sahaja yang bermusafir. Selain dari itu garam juga digunakan sebagai pagar dari gangguan jin/makhluk halus.Tabur garam di tempat tidur bagi mereka yang suka berkelah di hutan/pantai. Elakkan dari tidur di atas tanah/bumi, sebaiknya lapik dengan benda/kain tebal kerana udara yang keluar dari bumi akan masuk ke liang roma bersama-sama jin. Garam yang dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.

Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas / cawan / bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.

Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di bawah lidah.Bawah lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah

Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal bukan kawasan pantai laut, garam bukit digoreng dan dituam di tempat sakit ketika garam masih panas.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://zalpermai.forumotion.com
 
Khasiat Garam Bukit
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» Wajib memperkenalkan diri kah?
» Detail Pre-Touring rabu 30 Juli 2008
» efek air yg tercampur dalam bbm

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
ZAI PERMAI RESOURCES :: PERUBATAN ISLAM :: KAEDAH MENGAMBIL GARAM BUKIT MENGIKUT SUNNAH-
Navigasi: