ZAI PERMAI RESOURCES



 
CalendarGalleryIndeksFAQAnggotaGroupPencarianPendaftaranLogin

Share | 
 

 Bahan-Bahan Dalam Perubatan Islam

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
Admin
Admin


Jumlah posting : 145
Age : 48
Location : kuala lumpur
Registration date : 24.12.07

PostSubyek: Bahan-Bahan Dalam Perubatan Islam   Sun 13 Oct 2013, 5:34 pm


AIR
Ianya merupakan suatu yang bersifat natural.Secara umumnya dalam perubatan Islam,tradisional dan moden juga digunakan air bersih dalam rawatan dan perubatan. Air berfungsi sebagai salah satu daripada kaedah perubatan.Dalam perubatan Islam,air yang diruqyahkan dan didoakan amat digalakkan untuk diminum dan dibuat mandi kerana ianya memberi bekas dan kesan terhadap fizikal jin yang menyakiti tubuh pesakit.
 
Air juga telah diperakui oleh saintis sedunia sebagai alat perakam yang paling terbaik kerana ketepatannya apabila disukat pada dasarnya.Air sebenarnya boleh merakam setiap gema getaran yang dihadirkan baik dari bunyi-bunyi termasuklah dengan perkataan dan juga dari hanya niat kita sahaja,oleh kerana itulah pengamal perubatan Islam membacakan ayat-ayat Al Quran pada air bagi tujuan yang tertentu untuk diminum pada pesakit kerana air yang telah dibacakan ayat-ayat Al Quran akan menghasilkan molekul air yang cantik dan indah ,apabila dibacakan serapah,sihir,maki hamun,carutan dan sebagainya,maka air tersebut akan  menghasilkan bentuk molekul air yang buruk dan jahat. Itulah keistimewaan air yang kita sangkakan hanya untuk pembersihan semata-mata.Keistimewaan air dan manfaatnya ini telah dinyatakan oleh Allah subhanahuwataala di dalam Surah Al Mulk ayat 30 yang berbunyI:
                 Ertinya: “Katakanlah (Wahai Muhammad) bagaimana fikiran engkau jika air engkau hilang
                lenyap (di telan bumi)? Maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada engkau
                akan air yang sentiasa terpancar mengalir?”
 
AIS

Ianya merupakan kaedah rawatan dan terapi yang telah diamalkan dan dianjurkan dalam Al Quran dan Hadith lagi.Ianya juga telah berlaku dan dipraktik pada zaman Nabi Ayyub alaihissalam sehingga Rasullah sollahualaihiwasallam lagi,seperti yang difirmankan oleh Allah dalam Surah  Shod ayat 42:
                 Ertinya: “  Hentaklah kakimu ke bumi (Wahai Nabi Ayyub alaihissalam) .Inilah air sejuk (yang
                menyembur) untuk dibuat mandi dan minum (yang menyembuhkan penyakitmu).”
 Ini adalah hujjah dan bukti bahawa kaedah terapi ini merupakan bersumberkan Al Quran dan Sunnah dan merupakan kaedah perubatan Islam, akan secara umumnya  masyarakat melihat kaedah ini diambi daripada perubatan spa,terapi moden dan sebagainya.Maka kami menyangkal bahawa kaedah ini berasal dan bersumberkan daripada mereka, akan tetapi mereka yang mengambilnya daripada sumber Al Quran dan Sunnah.

 LIMAU NIPIS ATAU PURUT
Ianya adalah bahan-bahan yang mengandungi asid-asid yang tertentu yang diakui memberi bekas dan kesan yang memudharatkan terhadap fizikal jin dalam tubuh pesakit.Walaupun tidak ada nas qat’ie daripada Al Quran dan Hadith akan tetapinya ianya boleh dikiaskan dengan sebuah hadith,yang mana Rasullah sollawwahualaihiwasallam melarang kita menjiruskan air panas dan kencing dalam lubang kerana kemungkinan ada jin yang mendiami lubang tersebut.      

Kita bukan melihat daripada sudut larangan menjirus air panas atau kencing,tetapi kita melihat sifat  kepada kencing tersebut adalah panas  dan tajam begitu juga air panas sememangnya sifat air tersebut adalah panas dan tajam.Maka  dikiaskan dengan limau tersebut dengan air panas,sifat limau itu adalah tajam dan mengandungi asid yang tertentu dan bau limau tersebut yang mengharumkan ,kerana jin jahat amat benci kepada wangi-wangian.Apatah lagi jika limau tersebut diruqyah dengan ayat-ayat Al Quran dan doa.Maka ianya sangat-sangat memberikan bekas dan kesan yang mencacatkan dan memudharatkan jin dalam tubuh pesakit,sehingga menyebabkan ianya keluar dari tubuh pesakit.           

Limau purut dikatakan memiliki anti Oksidan tinggi,kaya dengan Flavonoid dan Polifenol yang dikatakan sangat berkesan untuk membantu penyakit jantung dan kanser.Ianya juga mengandungi pelbagai vitamin dan bahan mineral termasukvitamin C,B1,B2,Sodium,Kalium,zat besi dan limau juga mengandungi Tannin,Triterpenouid dan Saponin.Khasiat limau purut berfungsi untuk merawat masalah kulit seperti Ekzema dan Psoriasis.Kulit limau purut tersebut sangat baik untuk darah dan merawat masalah sistem pencemaran.
CUKA
Ianya merupakan salah satu daripada pemakanan sunnah kerana ianya telah tsabit daripada Hadith Baginda Rasullah.Dinyatakan dalam riwayat Imam Muslim radhiallahuanh dalam Sahihnya:

              “Daripada Sayyidina Jabir bin ‘Abdullah, bahawa Baginda berkata kepada salah seorang daripada      isteri Baginda sollahhualaihiwasallam: “Apakah lauk hari ini?”Jawap isterinya: “Kami hanya ada cuka .”Baginda sollahhualaihiwasallam menyuruh mengambil cuka tesebut lalu makan dengan makanannya sambil berkata : “Lauk yang terbaik adalah cuka .”
 Dalam sebuah hadith dalam Sunan Ibnu Majah ada menyebut:
 “Daripada Ummu Said berkata :Daripada Nabi bersabda : “Sebaik –baik hidangan adalah khal,Ya Allah berkatilah pada khal,sesungguhnya khal itu adalah makanan para Anbiya’ terdahulu sebelum aku dan tidak jatuh kepada kefaqiran sekiranya khal itu dalam suatu rumah.”
Didalam kaedah rawatan dan perubatan secara Islam juga menggunakan cuka dengan dijadikannya menjadi bahan dalam mandian atau minuman .Ianya juga sama dikiaskan dengan hadith ‘air panas’ di atas,kerana cuka mengandungi asid-asid yang tertentu dan sifat tajam yang boleh mendatangkan kesakitan dan kecederaan kepada jin dalam tubuh pesakit.Ianya sangat –sangat memberikan kesan dan mudharat bahkan mampu  mencederakan fizikal jin dalam tubuh pesakit setelah diruqyahkan dengan ayat-ayat al Quran dan doa pada cuka tersebut dan sehingga menyebabkan ianya keluar dari tubuh pesakit.
 
GARAM KASAR
 
Ianya merupakan antara bahan –bahan yang seringkali digunakan dalam perubatan Islam,kelebihan dan khasiatnya telah diakui oleh Allah dan Rasulullah seperti yang telah dinyata dalam sebuah hadith Baginda Rasulullah yang bermaksud:

 “Sesungguhnya ada empat benda yang diturunkan oleh Allah ke muka bumi mempunyai keberkatan ;besi ,api,air,garam.”


Radiasi dan kecelaruan gelombang hanya boleh dirungkai dan diurai oleh getaran yang kuat dan bertenaga.Garam mempunyai getaran yang amat kuat bacaan getarannya yang sama dengan unsur-unsur kerohanian yang bersifat ‘Latifah Al Rabbaniyah’ dan suci.Melalui konsep sains ,ia berfungsi untuk meleraikan radiasi serta gelombang  yang kurang sihat di dalam tubuh pesakit.
Garam mampu memberikan kesan mudharat kepada seseorang dan ia bergantung kepada niat seseorang itu juga .Akan tetapi  sekiranya terdapat kes-kes gangguan spiritual,maka penggunaan garam itu adalah digalakkan kerana memandangkan garam berada di dalam ‘rahsia api’ dan bertindak sebagai gelombang julat tinggi kerana ada juga kes kecemasan yang juga berpunca daripada keadaan julatnya yang tinggi.

Garam juga boleh menyakitkan dan mampu melukakan jin secara fizikalnya apabila dibacakan ayat-ayat Al Ruqyah  pada garamm tersebut.Ianya juga boleh dikiaskan sepertimana dengan hadith  yang berkaitan dengan air panas kerana garam memiliki asid yang tertentu,mineral asli dan bersifat tajam ,juga mampu mengeluarkan jin yang merasuki tubuh pesakit.Baginda Rasullah telah bersabda yang bermaksud :
 
“Barangsiapa yang memulakan makan dengan memakan secubit garam,nescaya Allah akan hindarkan 330 penyakit,antaranya yang paling kurang ialah ;gila ,kusta,taun ,sakit gigi dan yang bakinya Allah lebih Maha Mengetahui.”
 Maka tidak mustahillah kemungkinan salah satu daripadanya adalah penyakit-penyakit yang bersifat spiritual;gangguan jin dan sebagainya .Ini juga sebagai hujjah kepada mereka yang mendakwa bahawa perubatan Islam yang meniru kaedah rawatan mereka sedangkan kadah ini telah dinyatakan oleh Baginda Rasulullah 1400 tahun yang lalu.
 
DAUN BIDARA

Ianya juga dikenali dengan nama pokok epal cina atau bidara cina dan merupakan antara kaedah yang ternyata memberi khasiat dan manfaat dalam perubatan Islam.Kaedah ini telah dinyatakan keharusannya oleh Syeikh Al Islam Ibnu Taimiyyah,Syeikh Al Islam Ibnu Qayyim,Syeikh Ibnu Bazz,Syeikh Wahhab bin Munabbih dan sebagainya.Penggunaan daun bidara ini sangat efektif bagi membantu proses penyembuhan penyakit  kerana gangguan jin.Pada daun bidara itu sendiri ada khasiat yang tertentu dan bersifat tajam dan mampu melumpuhkan fizikal jin.Syeikh Wahhab bin Munabbih menyarankan menggunakan tujuh helai daun bidara yang tumbuk lumat halus,kemudian dilarutkan di dalam air yang telah diruqyahkan dengan ayat –ayat  al Quran untuk dibuat minum dan mandi .
Jika dilihat dalam beberapa hadith,bahawa Baginda pernah menyuruh menggunakan daun bidara untuk memandikan jenazah ,kemungkinan kelebihan daun bidara ini mampu membunuh atau menghapus gas ammonia pada jenazah yang menyebabkan mereka yang memandikan jenazah berasa tidak tenang atau demam atau lebih dikenali dengan nama ‘badi’ akibat dijangkiti kuman yang terhasil daripada gas ammonia,oleh sebab itulah Baginda menyuruh kita mandi setelah memandikan jenazah.Bahkan ada hadith riwayat Imam Muslim menyatakan bahawa disunatkan bagi wanita yang datang haidh untuk mandi dengan air yang dicampur dengan daun bidara .
LADA HITAM
Ianya merupakan salah satu bahan yang bersifat panas dan boleh menyakitkan tubuh fizikal jin jika terkena pada tubuh jin,apabila diruqyahkan ayat –ayat al-Quran pada lada hitam  tersebut ianya boleh melukakan fizikal dan rohan jin.Penggunaan lada hitam ini juga boleh dikiaskan dengan hadith “air panas”.
Atas sebab memiliki elemen-elemen itulah kebanyakan pengamal-pengamal perubatan Islam di Asia Tenggara menggunakan bahan-bahan tersebut.Syarak mengharuskannya selagi ianya bukan tujuan sembahan kepada jin dan syaitan serta boleh mendatangkan kesyirikan kepada Allah.Jika dilihat kepada pengamal perubata-perubatan Islam di Timur Tengah atau di Asia Barat,kebanyakan mereka menggunakan getah pokok yang dinamakan dengan kemenyan arab ,bukan untuk dibakar tetapi dihancurkan dan dilarutkan ke dalam air untuk minuman dan mandi,kadang-kadang mereka juga menggunakan daun bidara ,garam kasar dan sebagainya,bahkan ada juga mereka menggunakan serbuk kayu gaharu dan sebagainya.Maka ianya adalah diharuskan dalam Syariat Islam.
Perlulah diingatkan bahawa bahan –bahan di atas ini sama sekali tidak memberi kesan terhadap rohani jin,tetapi setelah diruqyah dengan ayat-ayat suci al Quran dan doa maka akan memberi kesan dan bekas terhadap rohani dan fizikal jin tersebut.Wallahu A’lam
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://zalpermai.forumotion.com
 
Bahan-Bahan Dalam Perubatan Islam
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» Vlad Dracula " Kisah Nyata Pembantai Umat Islam Dalam Perang Salib
» [WTA] pemakaian bahan bakar terhadap perbandingan kompresi
» sharing di sini yok bro,bahan-bahan/ material pembuatan knalpot..
» ini tentang bahan bakar dari luar Shell.
» Berapa standard perbandingan bahan bakar ninja 250?

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
ZAI PERMAI RESOURCES :: PERUBATAN ISLAM :: BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN DALAM PERUBATAN ISLAM-
Navigasi: