ZAI PERMAI RESOURCES



 
CalendarGalleryIndeksFAQAnggotaGroupPencarianPendaftaranLogin

Share | 
 

 Beramal Di Bulan Zulhijjah

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
Admin
Admin


Jumlah posting : 145
Age : 48
Location : kuala lumpur
Registration date : 24.12.07

PostSubyek: Beramal Di Bulan Zulhijjah   Tue 08 Oct 2013, 12:55 pm

Allah Ta’ala mengurniakan kurniaan yang sangat besar ke atas hambaNya dengan menyediakan kepada mereka musim-musim ketaatan, agar hambanya memperbanyakkan amal soleh dan berlumba-lumba untuk memperoleh ganjaran yang disediakan di dalamnya sekaligus untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala sedekat-dekatnya. Maka berbahagialah bagi mereka yang dapat memperoleh kurniaan Allah ini, di antara musim-musim ketaatan yang mempunyai kelebihan tersendiri ialah SEPULUH HARI daripada BULAN ZULHIJJAH.

Kelebihan Sepuluh Hari Awal Zul Hijjah.


1. Allah bersumpah dengannya.


Jika Allah bersumpah dengan sesuatu maka ianya menunjukkan keagungan dan kelebihan sesuatu yang disumpah tersebut, kerana Allah tidak akan bersumpah melainkan dengan sesuatu yang agung, firman Allah Ta’ala:


“Demi fajar, dan demi malam yang sepuluh”. [Al-Fajr: 1-2]


Malam yang sepuluh adalah sepuluh hari terawal zulhijjah, inilah yang dijelaskan oleh jumhur mufassirin daripada Salaf dan Khalaf, hal ini dijelaskan oleh Ibnu Kathir rahimahullah dalam Tafsirnya dan inilah maksud yang shahih.


2. Bahawasanya ia merupakan hari-hari yang dimaklumi iaitu hari yang disyariatkan oleh Allah di dalamnya untuk berzikir (mengingatiNya).


Firman Allah Ta’ala;

dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak.” (aAl-Hajj 22:28)


Jumhur Ulama’ menjelaskan bahawa hari-hari yang telah ditentukan adalah sepuluh hari daripada zulhijjah, sebahagian mereka ialah Ibnu `Umar dan Ibnu `Abbas radiallahu`anhuma.


3. Rasulullah sallallahu’alaihiwasallam menyebutkan bahawa ianya merupakan hari yang paling utama untuk beramal soleh dan amal soleh di dalamnya sangat dicintai oleh Allah Ta`ala.

Daripada Sa’id bin Jubair drpd Ibnu ‘Abbas daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bahawasanya baginda bersabda: “Tidak ada amalan pada hari-hari yang lebih utama daripada hari ini (sepuluh hari awal daripada bulan zulhijjah)” Sahabat bertanya: ” Walaupun berjihad? .Sabda Nabi: walaupun jihad, kecuali seorang lelaki keluar menempuh risiko menentang musuhnya dengan jiwanya dan hartanya,dan dia pulang tanpa sebarang hasil.


[HR Bukhari no:969, Bab Keutamaan Beramal pada hari Tasyriq]


Dalam riwayat Al-Bazzar dan Ibnu Hibban daripada Ibnu ‘Abbas radiallahu’nahu daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Tidak ada hari-hari yang amal soleh di dalamnya lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini (sepuluh awal zulhijjah).”


[Musnad Al-Bazzar 11/231, Shahih Ibnu Hibban 2/30]


Dan pada hari-hari sepuluh ini terdapat di dalamnya hari ‘Arafah iaitu 9 Zulhijjah, iaitu hari Haji Akbar, hari diampunkan dosa-dosa hamba, hari dilepaskan hamba daripada api neraka.


4. Padanya terdapat Hari Nahar (sepuluh Zulhijjah) iaitu hari raya korban.


Sebahagian Ulama’ menyebutkan ianya merupakan hari yang paling afdal (utama) daripada hari-hari dalam
setahun, berdasaran sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam:

[HR Abu Daud no:1765, dishahihkan oleh Syeikh Al-Albani]


5. Berkumpulnya Ibadah-ibadah utama padanya.


Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah

“Apa yang jelas yang menjadi sebab kepada keistimewaan sepuluh hari zulhijjah ini kerana ianya merupakan waktu yang terhimpun padanya ibadah-ibadah utama, iaitu solat, puasa, sadaqah, dan Haji dan tidak ada hari-hari lain yang semisalnya.”


[Fathul Bari Syarh Shahih Al-Bukhari 2/460]


Dengan Apa Kita Menyambut Sepuluh Hari Awal Bulan Zulhijjah?


1. Taubat Nasuha.


Maka seorang Muslim hendaklah menyambut musim ketaatan secara umumnya dengan taubat yang benar dan keazaman yang teguh untuk kembali kepada Allah Ta’ala, kerana Taubat itu merupakan kunci kejayaan bagi seseorang hamba baik di dunia atau di akhirat, firman Allah Ta`ala:

“Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang beriman agar kamu memperoleh kejayaan” [An-Nuur:31]


2. Keazaman dan Kesungguhan untuk memperoleh kelebihan dalam hari-hari tersebut.


Bagi seorang muslim hendaklah melipat gandakan usahanya untuk mengimarahkan hai-hari tersebut dengan amalan, perkataan yang soleh, dan sesiapa yang berazam untuk sesuatu yang baik maka Allah akan membantunya untuk memperoleh kesempurnaan amalan, firman Allah Ta’ala:

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar benar beserta orang-orang yang berbuat baik.


[Al-Ankabut:69]


3. Menjauhkan diri dari maksiat dan dosa.


Sebagaimana ketaatan merupakan sebab-sebab yang boleh mendekatkan diri kita dengan Allah Ta’ala maka kemaksiatan merupakan sebab-sebab yang boleh menjauhkan seseorang hamba daripada rahmat Allah, boleh jadi Allah akan mengharamkan rahmatnya kepada seseorang individu disebabkan oleh maksiat yang dilakukannya, maka jika kita inginkan keampunan daripadaNya dan pembebasan daripada api neraka maka hendaklah berjaga-jaga daripada melakukan sebesar-besar kemaksiatan iaitu syirik, bid’ah dan maksiat. Maka hendaklah kita sama-sama merebut peluang untuk bertaubat pada sepuluh hari zulhijjah ini.


Amalan-Amalan yang digalakkan dalam sepuluh hari Zulhijjah.


1. Mengerjakan Haji dan Umrah bagi yang berkemampuan.


Kedua-dua ibadah ini merupakan ibadah yang paling utama dilakukan dalam sepuluh hari Zulhijjah, sesiapa yang Allah permudahkannya untuk mengerjakan haji di Baitullah dan mengerjakan umrah sebagaimana yang telah disyariatkan maka ganjarannya adalah syurga, berdasarkan sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam:

“Umrah dengan umrah(berikutnya) menghapuskan dosa diantara keduanya,dan Haji yang mabrur tiadalah baginya ganjaran melainkan syurga.”


[Muttafaqun` alaih]


2.Puasa pada hari ‘Arafah (9 Zulhijjah).


Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam telah mengkhususkan puasa pada hari ‘Arafah iaitu hari yang termasuk dalam hari-hari daripada hari sepuluh Zulhijjah, sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam:

“Puasa pada hari ‘Arafah, aku mengira Allah akan menghapuskan dosa-dosa pada tahun sebelumnya dan dosa-dosa pada tahun selepasnya.”


[HR Muslim no:1162]


3. Takbir, Tahmid dan Tahlil serta berzikir kepada Allah Ta’ala.


Daripada Ibnu ‘Umar radiallahu ‘anhuma daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Tidak ada hari-hari yang lebih agung disisi Allah dan tidak ada hari yang lebih dicintai amal soleh padanya daripada hari-hari sepuluh ini, maka perbanyakkanlah dalamnya tahlil, takbir dan tahmid.”


[Hadith Shahih riwayat Ahmad no: 6154]


Selain daripada amalan-amalan yang disebutkan, amalan soleh yang lain juga termasuk dalam keumuman hadith seperti solat, sedekah, membaca al-Quran, istighfar, berbuat baik kepada ibu-bapa, menyambung silatur rahim, ziarah kaum kerabat, memperbaiki hubungan antara manusia yang berbalah, amar makruf nahi mungkar, menjaga lisan dan kehormatan, berbuat baik kepada jiran, menuntut ilmu dan lain-lain lagi daripada amalan-amalan soleh, maka pilihlah amalan sunnah apa yang mampu kita lakukan setelah amalan-amalan wajib yang telah kita lakukan, kerana ini merupakan peluang keemasan bagi kita untuk merebut ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah Ta’ala dengan syarat amalan kita dilakukan ikhlas kerana Allah Ta’ala dan mengikuti sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Diharapkan apa yang disampaikan ini boleh menjadi motivasi untuk kita semua untuk terus beramal sehinggalah kita dipermudahkan oleh Allah Ta’ala untuk bertemu denganNya.


[Perhatian kepada mereka yang ingin melakukan Ibadat korban!]


Larangan Memotong Kuku dan Bulu pada 10 hari terawal Bulan Zulhijjah Bagi Sesiapa Yang Berhajat Untuk Melakukan Kurban..


Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam: Maksudnya: “Apabila masuk sepuluh terawal bulan Zulhijjah dan seseorang itu telah berniat untuk menunaikan ibadat korban, maka janganlah dia membuang (memotong) bulu dan kukunya.” [HR Muslim].


Menurut Imam al-Nawawi rahimahullah: ”Yang dimaksudkan dengan larangan memotong kuku dan rambut adalah larangan menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut atau dengan cara lain (secara sengaja). Termasuk juga larangan menghilangkan rambut sama ada dengan mencukur, memendek, mencabut, membakar, menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut dan apa juga cara sama ada pada bulu ketiak, misai, bulu ari-ari, rambut atau bulu-bulu lain di bahagain anggota badan yang lain.” [Imam an-Nawawi, Syarah Sahih Muslim, jil. 13, m/s. 138-139]


Menurut Imam al-Nawawi rahimahullah lagi: “Para ulama’ berbeza pendapat tentang hukum hadis ini, Imam Ahmad dan sebahagian ulama’ Syafei mengatakan haram perbuatan menghilangkan bulu tadi, tetapi Imam Syafei dan ulama’nya yang lain mengatakan ia adalah makruh tanzih (iaitu makruh yang menghampiri mubah).” [Imam an-Nawawi, Syarah Sahih Muslim].
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://zalpermai.forumotion.com
 
Beramal Di Bulan Zulhijjah
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» WTS COATIMUNDI MUSANG BRAZIL UMUR 2 BULAN
» GIMANA YA KLO NININ GAK DIPAKAI SELAMA 6 BULAN LEBIH...
» Sifat Lelaki Berdasarkan Bulan Lahir
» Ramalan Dunia Dari Tahun 2010 Sampai 5079
» Gombal dan Galaunya NDI

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
ZAI PERMAI RESOURCES :: SUDUT MEREHAT MINDA :: AMALAN-AMALAN DI BULAN ZULHIJJAH-
Navigasi: