ZAI PERMAI RESOURCES
ZAI PERMAI RESOURCES
ZAI PERMAI RESOURCES
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
GalleryIndeksLatest imagesPencarianPendaftaranLogin

 

 Habbatus Sauda

Go down 
PengirimMessage
Admin
Admin



Jumlah posting : 145
Age : 54
Location : kuala lumpur
Registration date : 24.12.07

Habbatus Sauda Empty
PostSubyek: Habbatus Sauda   Habbatus Sauda EmptyWed 21 Aug 2013, 5:20 pm

Habbatus sauda (Nigella Sativa / Black Seed) adalah ubat herba yang telah digunakan ribuan tahun dahulu (lebih dari 3000 tahun), terbukti dengan penemuan minyak habbatus sauda di pekuburan Tuthankhamen (kubur raja-raja Mesir kuno).

Dahulu, minyak habbatus sauda ini hanya boleh digunakan oleh raja dan keluarganya. Habatussauda juga digunakan oleh raja-raja zaman Greek kuno dengan dijadikan tanaman ini sebagai tanaman yang berkhasiat membantu mereka diakhir hayat hidup mereka.

Di beberapa negara di benua asia (terutama Asia timur bahagian tengah) dan benua Eropah Timur bahagian tengah, habatus sauda digunakan untuk meningkatkan kesihatan dan sebagai rawatan herba utama untuk kebanyak kan penyakit ringan dan berat.

Habbatus sauda merupakan suplemen ubat semulajadi yang mampu membangkitkan dan meningkatkan sistem ketahanan tubuh (immunity system) yang mampu mencegah dari serangan pelbagai macam penyakit.

Analisis dan penerbitan kajian yang telah dilakukan dibeberapa Negara (Jepun, Pakistan, Amerika Syarikat dan beberapa Negara Eropah) pada seperempat abad terkini menunjukkan bahawa habatus sauda mempunyai kandungan zat nutrisi yang sangat tinggi seperti:

i)sekitar 40% minyak malar (fally oil content)
ii)1.5% minyak pati (essential oil content)
iii)15 jenis asid amino
iv)protein
v)ion kalsium
vi)karbohidrat
vii)zat besi
viii)fosforus
ix)ion sodium
x)potasium

Dalam sebuah Hadist sahih Bukhari Muslim, Rasulullah telah menganjurkan kita menggunakan habbatus sauda. Gunakanlah habbatussauda kerana di dalamnya terdapat ubat untuk segala macam penyakit, kecuali maut (HR. Bukhori Muslim)

Beberapa pendedahan para doktor dan saintis mengenai habbatussauda setelah dilakukan penelitian secara empirikal dan klinikal dalam makmal mereka:

i)Prof. Dr. Hildbert Wanger (Germany):

Habbatussauda terbukti menyembuhkan pesakit alergi, neuradermitis, asthma, dan lemahnya daya tahan tubuh.

ii)Prof. Lutz Bannasch (Germany)

Oil habbatussauda mempunyai khasiat antitumor tanpa kesan sampingan seperti berlaku pada kemoterapi dan sinaran radiasi.

iii)Dr. Stanley Kopok (USA):

Habbatussauda mempunyai peranan sangat penting untuk mencegah tumor dan dalam jangka masa yang lama menguatkan sistem kekebalan tubuh.

iv)Dr. Tajul Aris Yang (Malaysia)

Omega yang terkandung dalam habbatussauda lebih besar 10 kali ganda dari pada DHA dan EPA.
______________________________________________________________________________

KHASIAT HABBATUS SAUDA

1. Antioksidan
Jintan hitam mengandungi thymoquinone, sifat antioksidan yang menghalang sel akibat radikal bebas.

2 Anti Radang
Juga mempunyai kelebihan sebagai agen anti-radang dan mampu menjaga kulit.

3. Mengubati Gangguan Pencernaan
Mempunyai bakteria yang efektif dan mampu membunuh bakteria kolera, E. coli dan Shigella spp. Juga digunakan untuk mengubati gangguan sistem pencernaan yang disebabkan oleh bakteria berbahaya dan meredakan perut yang memulas dan loya.

4. Melawan Kanser
Mengandungi bahan yang menstimulasi sumsum tulang dan imuniti badan serta interferon, melindungi sel-sel normal, melawan virus perosak dan melawan sel-sel tumor tanpa merosakkan sel-sel sihat.

5. Menjaga Kesihatan Tubuh
Zat yang terdapat di dalamnya mampu meningkatkan jumlah sel-sel yang baik untuk mengurangkan sel-sel pembunuh. Ekstrak jintan hitam berkhasiat meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

6. Meningkatkan Memori dan Konsentrasi
Mengandungi asam linoleat (omega 6) dan asam linolenat (omega 3) yang merupakan nutrisi bagi sel-sel otak yang berguna meningkatkan daya ingat dan kecerdasan.

7. Meningkatkan Hormon Dalam Badan
Mengandung kandungan sterol yang berperanan aktif dalam sistem yang melibatkan hormon badan manusia.

8. Merendahkan Kadar Toksin
Ini kerana Jintan Hitam mampu membantu membuang toksin tersebut dari dalam tubuh dengan cara pengeluaran melalui peluh dan pembuangan air kecil/ besar.

9. Mengatasi Susah Tidur dan Stress
Berfungsi mempertahankan diri dari perubahan persekitaran, gangguan tidur dan dapat mengurangkan stress.

10. Anti Alergi
Juga boleh mengurangkan reaksi alergi terhadap penghidap asma, bronchitis, dan penyakit alergi lain tanpa kesan sampingan.

11. Menjaga Kesihatan Ibu Hamil dan Bayi dalam Kandungan
Kandungan omega 3, omega 6, dan omega 9 yang terdapat dalam jintan hitam sangat baik dan berfungsi sebagai nutrisi penting bagi ibu hamil dan menjaga pertumbuhan bayi dalam kandungan.

12. Suplemen Nutrisi
Jintan hitam mengandung 15 macam asam amino termasuk 9 jenis asam amino esensial. Jintan hitam juga mengandungi kalsium, potassium, zat besi, arginine, magnesium, selenium, vitamin A, B1, B2, B6, C, E dan niacin
________________________________________________________________________________________________

• Nabi Muhammad pernah bersabda "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati"

• Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

• Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

• Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus sauda ...... merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

• Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

• Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

• Habbatus Sauda merupakan tumbuhan yang paling banyak unsur senyawa,

Like kami di FB
https://www.facebook.com/zaipermairesources
Kembali Ke Atas Go down
https://zalpermai.indonesianforum.net
 
Habbatus Sauda
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» HABBATUS SAUDA PLUS MADU
» Habbatus Sauda Anti Tumur
» Habbatus Sauda Mampu Mencegah Diabetes
» Kajian Habbatus Sauda Mencegah Penyakit Darah Tinggi

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
ZAI PERMAI RESOURCES :: HOUSE OF HONEY :: Info Habbatus Sauda-
Navigasi: