ZAI PERMAI RESOURCES



 
CalendarGalleryIndeksFAQAnggotaGroupPencarianPendaftaranLogin

Share | 
 

 Tips-tips motivasi dari Dr Azizan

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
Admin
Admin


Jumlah posting : 145
Age : 48
Location : kuala lumpur
Registration date : 24.12.07

PostSubyek: Tips-tips motivasi dari Dr Azizan   Fri 19 Apr 2013, 12:03 pm

Orang Yang Jiwanya Penuh Dengan Perasaan Negatif Akan Nampak Keburukan
Dan Menarik Pelbagai Masalah Dalam Hidupnya. Tetapi Orang Yang Fokus Kepada Positif,
Mereka Nampak Kebaikan Dan Peluang Di Dalam Setiap Perkara (Dr Azizan Osman'S)

________________________________________________________________________________

Bila Allah swt mencipta Adam AS, Dia telah berikan bukan setakat ruh yang diberikan atau jasad,
tetapi DIA telah berikan 2 perkara yang menjadikan Manusia itu diangkat menjadi Khalifah iaitu
Intelligence (Kebijaksanaan) dan Free Will (Bebas berkeinginan), cuma ilmu agama & Iman adalah
penting supaya kedua-duanya adalah digunakan mengikut apa yang Allah swt suka.

Oleh itu, kita perlu mencipta dan berani mencipta/ membina sesuatu atau banyak benda yang boleh
membawa kebaikan kepada orang lain dengan kebijaksanaan yang diberi. Kufur nikmat jika tidak
gunakan anugerahNya. Buatlah apa yang kita mahu buat terbaik di dunia asalkan ianya membawa
kejayaan di dunia dan di akhirat untuk dapatkan redhaNya, nescaya apa sahaja yang kita buat akan
lebih mudah dan dibantuNya. - (Dr Azizan Osman)

_____________________________________________________________________________

Letakkanlah segala pergantungan kita kepada Allah swt kerana Dia Maha Memakbulkan dan
Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Minta apa yang kita nak, usaha dengan ilmu dan
tindakan yang betul. (Dr Azizan Osman)

__________________________________________________________________________________

Minda Graviti- Minda kita ini umpama graviti yang ada pada bumi dan semua solar sistem.
ia mempunyai "magnetic wave" yang "menarik" apa yang difokuskan di dalam minda samada
perkara positif atau negatif. Bukankah Tuhan itu mengikut "sangkaan" hambaNya? Dan apa
yang kita fikirkan, rasa, cakap dan lakukan adalah DOA. Fokuslah perkara positif dan kurangkan fikir,
tengok, baca perkara negatif kerana ia akan menjadi graviti penarik negatif ke dalam hidup kita.
Nak bahagia, fikirkan apa yang buat kita bahagia dan berikan kebahagiaan kepada orang lain.
Nak kaya fikirkan apa yang buat kita rasa kaya samada kaya ilmu, kaya jiwa, kaya akhlak,
kaya kewangan dan beri atau berkongsi perkara tersebut dengan orang lain. ( Dr Azizan Osman)
__________________________________________________________________________________

"Anda telah bersedia untuk merubah hidup, apabila kuasa ilmu lebih tinggi dari hanya keinginan,
bila kuasa tindakan lebih kuat dari alasan, bila kuasa kemahuan pencapaian lebih kuat dari halangan
dan bila kegagalan hanyalah satu punca lonjakan" (Dr Azizan Osman)
__________________________________________________________________________________

The Power of Focus- Orang yang fokus lakukan sesuatu tugasan sehingga berjaya akan mencapai kepantasan
kejayaan lebih pantas dari mereka yang cuba buat 73 perkara 1 masa sendirian! (Dr  AzizanOsman )
___________________________________________________________________________________

Fahami apa yang ada di dalam diri, kekuatan, kelemahan, peluang, potensi serta apa yang perlu diperbaiki
serta transformasi diri supaya lebih FOKUS halatuju diri untuk peningkatan diri, kewangan, kerjaya, berniaga
dan perhubungan antara DIA, kita dan manusiawi. (Dr Azizan Osman)
_______________________________________________________________________________________
Semua orang berhak ada impian sendiri tetapi ramai orang bukan sahaja tidak ada impian sendiri tetapi suka
menyelar impian orang lain! Jika tidak suka impian orang lain, anda boleh bina impian sendiri! Impian
kadang-kadang memang bermula dengan TIDAK LOGIK atau TIDAK MASUK AKAL, tetapi kapalterbang dicipta
sebab ada orang yang berani berimpian dan kadang-kadang yang melakukan impian tersebut adalah orang lain
bukan orang yang mula berimpian.... Kereta, handphone, Internet, Facebook dan banyak lagi adalah bermula
dengan BERANI BERIMPIAN! (Dr AzizanOsman)
_________________________________________________________________________________________
Mereka yang berilmu mendapati pemasaran di Facebook seperti melombong emas, manakala mereka yang tidak
berilmu melihat Facebook sebagai sebuah padang bola yang berlumpur semata-mata. (Dr Azizan Osman)
____________________________________________________________________________________________
lmu bisnes & pemasaran bukan untuk hanya informasi sepertimana kita belajar subjek Geografi atau Sejarah
kat sekolah, ia adalah ilmu tindakan! Tindakan luar biasa= Hasilnya luar biasa! (Dr AzizanOsman )
_________________________________________________________________________________________
"Strategi pemasaran tanpa kos (Face Book) adalah strategi yang perlu diberi perhatian oleh semua usahawan"
(Dr Azizan Osman)
_____________________________________________________________________________________________
Orang yang berjaya mempunyai bayangan imaginasi tertentu di dalam cara mereka berfikir, emosi mereka,
kata-kata dan tindakan mereka..... Apakah bayangan imaginasi tersebut? Even sebelum mereka berjaya,
mereka mula membayangkan dan berimaginasi yang mereka telah BERJAYA dan rasa BERJAYA,
bercakap tentang KEJAYAAN dan bertindak seperti KEJAYAAN adalah milik mereka! Orang gagal
akan terus gagal apabila fokus kepada kegagalan dan kepayahan!    (Dr AzizanOsman)
____________________________________________________________________________________________
Hidup biar menjadi sumber inspirasi, bukan punca depresi (Dr Azizan Osman)
____________________________________________________________________________________________
Minda Yang Sudah Berkembang Dengan Ilmu Boleh Melihat Sesuatu Dengan Lebih Besar Lagi. (Dr Azizan Osman)
_____________________________________________________________________________________________
Orang Yang Gagal, Mereka Samada Mereka Tidak Mulakan Apa Yang Mereka Mahu Lakukan Kerana Banyak Beralasan
Atau Mereka Sabotaj Diri Mereka Dengan Melakukannya Separuh Jalan
_____________________________________________________________________________________________
Bukan semua orang mampu konsisten menguasai kemalasan di dalam diri terutamanya bangun sebelum suboh....
Jika "peperangan" itu tidak selesai, usah mimpi mahu menang di dalam "peperangan" hidup dengan mudah.
Fikirkan buat mereka yang telah bangun! (Dr AzizanOsman )
_______________________________________________________________________________________________
Lakukan sesuatu yang orang lain tidak lakukan atau tidak dapatlakukan: Analisa pesaing anda dan perhatikan apa
yang pelanggan anda perlukan tetapi tiada siapa yang berikan kepada mereka. Ia mungkin agak sukar tetapi
berbaloi untuk dilakukan kerana ia akan membuatkan anda unik(Dr Azizan Osman)
__________________________________________________________________________________________
Fikiran anda adalah apa yang baca, tapi anda menjadi apa yang anda amalkan/ lakukan! (Dr Azizan Osman)
___________________________________________________________________________________________
Fokus perbaiki diri dan tingkatkan manfaat diri kepada ramai orang lain kerana sabda Nabi saw, sebaik-baik
manusia adalah manusia yang bermanfaat kepada ramai orang lain! (Dr Azizan Osman)
__________________________________________________________________________________________
"Teori tidak akan sama dengan praktikal, kefahaman akan datang bila kita mulakan tindakan, bila telah ada ilmu, mulakan tindakan walaupun sedikit sehingga kita jadikan ianya besar"
______________________________________________________________________________
Semakin kita tingkat Daya Minda Kita dan Emosi Kita Dengan ILMU dan PENGALAMAN dengan mereka yang lebih berjaya dalam dalam bidang mereka lebih mudah kita tingkatkan kapasiti rezeki
setelah kita bertindak LUAR BIASA. 
___________________________________________________________________________________

[Hati Umpama MAGNET]

Hati umpama MAGNET! Ia umpama INVISIBLE MAGNET (MAGNET YANG TIDAK DAPAT DILIHAT) yang memancarkan tarikan kepada apa yang ditanamkan di dalam jiwa.

Jika kita tidak gembira tentang sesuatu perkara atau sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku di dunia luar kita. itu bermakna "dunia dalaman" kita, "bekas" atau "kolam" jiwa kita mempunyai sedikit kekaratan atau keledak yang Allah swt mahu kita kenalpasti atau cuci.

Usaha dan doa agar hati kita sentiasa ingat untuk dicuci untuk diisi dengan sifat mahmudah (Terpuji) seperti Sabar. Redha, Berlapang dada, Ikhlas, Tawadhuk, Pemaaf, Hati yang sujud dan bukan dengan sifat mazmumah (tercela) seperti amarah, hasad, dengki, khianat, riya', takabur, tamak, loba dan suka mencela.

Hati umpama cermin yang menjadi refleksi apa yang berlaku di dalam hidup kita adalah kerana lantunan tarikan magnet di dalam jiwa kita.

Bila hati kita kotor dan gelap, banyak perkara akan ada halangan dan hijab. Banyak perkara adalah sulit dan payah. Rezeki kita, peluang kekayaan & kejayaan kita akan tertutup atau tidak diluaskan.

Bagaimana untuk mencuci hati?

1- Solat dengan penyertaan hati yang sujud (Syaitan dibuang dari syurga kerana tidak mahu sujud kepada Adam, Ego Syaitan adalah lebih besar dari perintah Allah swt)
2- Perbanyakkan istighfar
3- Perbanyakkan selawat 1,000, 3,000 ke 10,000 kali sehari
4- Perbanyakkan mengaji Al-Quran dan membaca hadis
5- Baca sirah Nabi saw dan kisah nabi-nabi dan sahabat
6- Banyakkan berkhidmat dengan serve orang lain
7- Mencuci tandas
8- Bersedekah
9- Senyum dan salam kepada orang yang kenal atau tidak
10-Melaksanakan perintah syariat yang wajib dan sunat walaupun ianya tidak menggembirakan contoh, menutup aurat, solat sunat dll.

Like kami di FB
https://www.facebook.com/zaipermairesources
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://zalpermai.forumotion.com
 
Tips-tips motivasi dari Dr Azizan
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» Tips Berguna di Kehidupan Sehari-hari
» Tips - tips untuk menghindari kecelakaan
» [share] Caraku terhindar 100% dari Virus PC & Notebook ( No Deep Freeze )
» Tips Berkendara Saat Malam Hari
» TIPS TELP GRATIS BUAT HANDPHONE,,TERBUKTI NYATA BRO!!!

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
ZAI PERMAI RESOURCES :: SUDUT MOTIVASI USAHAWAN :: PAKAR USAHAWAN DR AZIZAN-
Navigasi: