ZAI PERMAI RESOURCES



 
CalendarGalleryIndeksFAQAnggotaGroupPencarianPendaftaranLogin

Share | 
 

 MADU ASLI VS MADU PALSU

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
Admin
Admin


Jumlah posting : 145
Age : 48
Location : kuala lumpur
Registration date : 24.12.07

PostSubyek: MADU ASLI VS MADU PALSU    Thu 21 Mar 2013, 1:51 pm

Madu asli atau madu palsu, bagaimana cara membezakannya? Berdasarkan kajian termasuk di Malaysia, Indonesia dan USA menunjukkan bahawa hampir 80% madu yang beredar dipasaran adalah madu palsu. Jadi bagaimanakah cara sebagai orang awam, kita dapat mengetahui madu itu Asli?

Madu asli sebenarnya sangat mudah diketahui dengan melihat dari sifat dan karakteristik fiziknya yang khas. Sayangnya, dapat juga si penipu madu palsu untuk meniru sebagian dari sifat atau karakter fizik madu asli. Sehingga bagi kebanyakan orang sangat susah untuk mengetahui keaslian madu dengan melihat aspek fizikal atau luaran madu tersebut. Walaubagaimanapun, MADU ASLI mempunyai beberapa karakteristik fizik yang tidak dapat dipalsukan:

1) Pesongan Optik: Madu asli mempunyai kandungan gula yang spesifik yang dapat mengubah sudut putaran cahaya terpolarisasi.

2)Higroskopik: madu asli bersifat menyerap air, jika madu dibiarkan terbuka pada tempat dengan kelembaban udara tinggi (high humidity) maka madu akan bertambah cair.

3)Madu asli jika dituangkan ke dalam air suam tidak akan pecah atau air akan tetap jernih sebelum dikacau. Bagi madu yang sudah dicampur akan lebih cepat keruh.

4)Sifat-sifat madu yang umumnya dipalsukan adalah: sifat madu yang dapat membuat telur masak,tidak beku, tidak menyerap kertas atau jika digoncang mengeluarkan gas.

5) Fakta madu bersifat panas adalah salah. Ini adalah kerana madu terdiri daripada gabungan ratusan manisan dalam debunga yang diangkut oleh lebah. Madu mempunyai nilai barakah seperti diceritakan dalam Surah Al Nahl (Surah Lebah) kerana terdapat Enzim Diatase. Enzim Diatase ni hanya dikeluarkan dari air liur lebah . Manisan debungan yang dihisap oleh lebah akan bercampur Enzim Diatase mempunyai nilai kesihatan yang tiada taranya dibanding dengan mana-mana ubat-ubat yang dicipta oleh manusia kerana sehebat doktor/saintis mana pun ia tidak dapat mencipta apa-apa Enzim pun apatah lagi Enzim Diatase seperti dalam madu. Madu mempunyai barakah kerana ubat yang dicipta oleh Allah & sang doktonya adalah Lebah. Dalam surah An Nahl Allah mewahyukan kepada Lebah untuk membuat madu ini. Barang siapa yang mengamalkan makan madu setiap hari tidak akan terkena penyakit yang melarat. Madu mempunyai keupayaan yang tinggi untuk memasuki urat-urat halus dalam tubuh supaya darah darah dapat sampai kepadanya. Dengan ini sistem peredaran darah menjadi lebih baik & memelihara sel-sel dalam darah dari kemusnahan. Madu menjadi barakah setelah ianya dijadikan amalan pemakanan setiap hari beterusan seumur hidup seperti juga istiqamah amalan-amalan solat setiap hari.

6) Kandungan madu yang juga tidak dapat dipalsukan adalah adanya kandungan Enzim Diatase. Kandungan diatase inilah salah satu cara untuk menentukan madu itu asli atau tidak. Karena enzim ini hanya dapat dihasilkan dari kelenjar ludah atau air liur lebah. Namun hanya ujian di makmal sahaja yang dapat mengenalpasti sifat tersebut. JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK!!! Pastikan produk madu di pasaran yang anda beli melalui ujian ketulenan dari institusi yang diikitiraf.

7)Jadual di bawah adalah piawaian antarabangsa bagi Analisis Madu asli.

International Honey Commission
1) Glucose Oxidase Activity/ Aktiviti Enzim Diatase All pure natural honey show positive activity
Hidroxy Methyl Furfural (HMF)
- Unit - All pure natural honey show positive activity
- Indek - tiada

2) Pure natural honey comb will contain less than 10mg/kg HMF Mg/kg Maks. 80 (for honey from tropical countries)
Water Content/Kadar air % <20%
-Unit - Mg/kg
-Indek - Maks. 80 (for honey from tropical countries)

3) Total Reducing Sugar
a) Fructose (F)
b) Glucose (G)
c) Maltose (M)
Ratio F/G for pure Tropika Honey is more than 1.00 % Min. 60
-Unit - %
-Indek - Min. 60

4)Sucrose % Maks. 5
-Unit - %
-Indek - Maks. 5


Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://zalpermai.forumotion.com
 
MADU ASLI VS MADU PALSU
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» Kenali CDI BRT yg ASLI dan yg PALSU (with PICTURE)
» WTA - Helm AGV K3
» stang bikers palsu
» HATI-HATI ADA YG JUAL KNALPOT YOSHI USA PALSU
» hati2!!!!knalpot luar palsu bro,yoshi dan jardine ada buatan malaysia dan thailand berlogo usa

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
ZAI PERMAI RESOURCES :: HOUSE OF HONEY :: Info Berkaitan Madu-
Navigasi: