ZAI PERMAI RESOURCES



 
CalendarGalleryIndeksFAQAnggotaGroupPencarianPendaftaranLogin

Share | 
 

 Sambungan Petua Melayu

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
Admin
Admin


Jumlah posting : 145
Age : 48
Location : kuala lumpur
Registration date : 24.12.07

PostSubyek: Sambungan Petua Melayu   Fri 28 Oct 2011, 4:49 pm

KHASIAT BUNGA CENGKIH

Antara amalan yang diamalkan oleh Tuan Guru Hj Hashim, Mudir Pondok Pasir Tumboh daripada umur 17 tahun lagi hingga sekarang yang hampir mencecah umur 90 tahun ialah makan bunga cengkih. Antara kelebihan makan bunga cengkih ialah :

1. Paru-paru dapat berfungsi dengan baik yang membolehkan suara sentiasa lantang
2. Jantung berdegup dengan baik yang menjamin kesihatan
3. Mata dapat melihat dengan baik walau pun telah berusia
4. Gigi dapat tahan daripada gangguan ulat sehingga tahan lama
5. Otak sentiasa berkembang yang menguatkan ingatan berbanding suka minum ais atau pulut yang membawa kepada tertutupnya otak yang melemahkan ingatan

Cara makan :

Sebaiknya 10 kuntum bunga cengkih sehari Buat macam coklat dengan digigit dan dihisap airnya.


SIHIR PENCERAIAN, RAWATAN PENDAMAI RUMAH TANGGAT

Terjadinya pemisahan antara suami isteri atau sesama anggota keluarga melalui pergaduhan dan perselisihan.
Masalah ini terjadi sama ada dengan campurlibat sihir dan tiada campurlibat sihir. Beserta campurlibat sihir dikenali sebagai: SIHIR TAFRIQ / PEMISAH

Bentuk:
1) Suami isteri bercerai (paling banyak)
2) Anak bergaduh dengan ibubapa.
3) Adik beradik berkelahi.
4) Bergaduh dgn rakan-rakan.
5) Berpecah sesama rakan kongsi di dalam perniagaan.

Simptom:
1) Kasih sayang berubah kepada benci.
2) Syak wasangka keterlaluan.
3) Tiada timbang rasa.
4) Berubah sikap 180 darjah.
5) Terasa wajah yang orang dibenci hodoh.
6) Rasa bosan & panas di rumah
7) Mula melebihkan pihak lain.
Cool Bangkit hal remeh temeh.
9) Selalu berkhayal.

Rawatan 1:
Sekiranya terkena sihir mahabbah (percintaan) hendaklajh dirawat dengan kaedah ruqyah syariyyah terlebih dahulu. Beli CD Ruqyah, mendengar ayat al Quran yang dibacakan oleh perawat, minum air ruqyah dan mandi air ruqyah. Pujuklah mangsa bertemu dengan perawat Islam.

Rawatan 2:
Jika sudah bersih dari sihir hendaklah:
1) Hadiahkan bacaan pahala al Quran dan zikir kepada mangsa.
2) Solat hajat dan bernazar.
3)Sedekah dengan niat kesembuhan.
4) Baca ‘ayat2 pelembut hati’ selepas solat.
5) Amalkan ayat 21 Surah ar Rum selepas solat.

Pendamai rumahtangga:
1)Selalu solat berjemaah bersama dan berdoa bersama untuk kesejahteraan rumahtangga.
2)Selalu membaca al Quran bersama.
3)Selalu menghadiri majlis ilmu, majlis zikir bersama serta mempunyai guru rohani untuk keluarga.
4)Selalu makan di rumah bersama. Makan masakan isteri dengan air tangannya sendiri. Jangan terlampau kerap makan di luar.
5)Sentiasa mengucapkan kasih sayang dan bertolak ansur.
6)Selalu berlumba meminta maaf atas kesalahan dan amalkan sikap suka berterima kasih.
7)Menjadikan setiap malam yang berlalu sebagai malam pertama dalam perkahwinan.
8)Selalu saling memberi hadiah. Khususnya pada ulang tahun perkahwinan dan ketika mendapat cahaya mata.
9)Sebolehnya anak jangan dipeihara oleh orang lain. Contohnya pengasuh dan nursery.
10)Jangan suka ‘memandang’ lelaki / perempuan lain yang bukan pasangan anda.
11)Sebolehnya isteri bekerja di rumah

UBAT PALING MUJARAB

"UBAT BESAR DARI JIBRAIL KEPADA RASULULLAH S.A.W"
Telah mengajar aku Jibril akan Ubat yang tidak Berkehendak Lagi aku kepada lain-lain Ubat & tidak pula kepada Dukun-Dukun.
Kemudian Bertanya Abu Bakar, Osman & Ali R.A:
"Apakah Ubat itu Ya Rasullulah? Bacakan Atasnya Surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas, Ayatul Kursi, Tiap-Tiap Satu Surah Dibaca 70 Kali."

MAMATIKAN SIHIR

Ambil sebiji kelapa muda yang ada air. Tebuk kelapa muda dan campurkan sedikit garam bukit, kacau hingga larut. Bacakan ayat Qursi, 3 kul dan selawat syifak dan hembus pada air kelapa tersebut. Minum air kelapa tadi sehingga habis 1 biji. Amalkan 3 hari, 7 hari berturut-turut hingga badan terasa sihat kembali. Insya-Allah sihir akan gugur.

MENARIK KELUAR RACUN DARI PERBUATAN SIHIR
Bagi yang terkena sihir dan terasa sakit bisa2 pada badan bahagian tertentu seperti sendi2 pinggang, kepala, mata dsbnya. Untuk meredakan masalah tersebut guna seketul garam bukit. Garam  bukit tersebut boleh diletakkan pada bahagian tersebut biarkan lama sedikit garam tersebut akan menyedut bisa2 tersebut. Tanda sedutan garam seperti denyutan menarik toksid keluar dari badan. Zikirkan Ya Mummit ( Yang mematikan). lakukan sehingga denyutan sudah tidak terasa lagi.


PETUA AWET MUDA MENGIKUT ISLAM

Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

b. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

c. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

d. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

e. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

f. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

g. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

h. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

i. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.

j. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

k. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

l. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

m. Amalkan solat tahajud.

n. Sentiasa tenang dan bersikap positif.

o. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

p. Maafkan semua orang sebelum tidur.


PETUA ISTERI SENTIASA DARA & KERUKUNAN RUMAH TANGGA

1. Selepas solat Isya’, ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38: (56.35):

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, 56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan. Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manafaatnya.”

UBAT DARAH TINGGI PALING MUJARAB
Minum jus ramuan berikut;
1. Buah belimbing
2. Buah amra
3. Epal hijau
4. Sunquick 1 sudu
Blendkan semua ramuan tersebut, minum 4 kali sehari. Bagi yang sesuai dengan darahnya pasti darah tinggi akan hilang terus dan tak perlu lagi ubat hospital

UBAT SAKIT LUTUT PALING MUJARAB
Sesuai untuk warga emas yang sakit lutut dah puas berubat masih tak sembuh2 juga.

Ambil daun pokok cactus, panaskan (tuam) dengan api lilin, pijakkan dengan kaki sehingga daun kaktus menjadi sejuk.
Amalkan sehingga sakit lutut sembuh. Rebus kacang bendi jadikan sebagai ulam.

MENGESAN DIRI DISIHIR ATAU TIDAK

Semasa mandi di waktu pagi, gunakan sabun garam bukit. Selepas basahkan air seluruh badan jgn guna sabun. Ganti sabun dgn garam bukit. Gosokkan sabun garam bukit diseluruh badan. Orang yang disihir akan merasa badannya kepedihan yang teramat sangat seperti terkena cili/asid.Ini adalah kerana garam tersebut telah mencederakan jin yang berada dalam badan kita dan jin dalam badan akan bertindakbalas. Mungkin terdapat kesan cakaran pada kulit kerana kesan bertindakbalas jin.Tahankan kepanasan tersebut dalam 10minit gosokkan garam  keseluruh badan sambil membaca ayat qursi dan surah annas dalam hati utk membakar jin sihir. Dalam waktu tersebut juga boleh menggosok gigi supaya garam dapat menyerap ke dalam badan. Selepas 10 minit barulah mandi dengan air seperti biasa dan mengguna sabun/syampo.

Amalkan mandi mengguna sabun garam setiap hari waktu pagi untuk membaiki aura diri dan dapat mengelak dan menyahkan unsur-unsur negatif diri seperti sihir dan penyakit.

Bagi orong tidak disihir ianya tidak merasa apa2 kepanasan/kepedihan bila mengguna sabun garam bukit.


UBAT SAWAN/GILA BABI

1.Ambil pucuk bemban yang baru naik, makan pucuk bemban tersebut dimakan setiap pagi selamat 40 hari berturut2 berserta selawat ke atas Nabi saw.


UBAT GAOUT MUJARAB

1. Berbekam pada sendi setiap bulan.

2. Potong daun pandan, rebus daun pandan dgn air. Buat minum air rebusan tersebut 4 kali sehari. Insya Allah asid urid akan kembali nutral.


UBAT JANTUNG/KENCING MANIS/DARAH TINGGI

sebiji kelapa muda yg bhinggus (isi lembut)+3btg serai yg dketuk+7biji halba dpanaskan dan dminum airnye

amalkan selang sehari sebanyak 7 biji kelapa perlu dhabiskan dlm masa 14 hari.Selamat mncuba....in sya allah

kberkesanan 80%

MEMBUANG RACUN SANTAU

Lemon, kulitnya dikupas dari atas kepada hingga seperti bawah. Semasa mengupas kulit, potong kulit jangan putus, ( keadaan lepas potong seperti melingkar). kulit tadi tadi direbus. Masuk 2 cawan air rebus sehingga menjadi satu cawan. Minum air tesbut. Amalkan selalu. Kaedah ini untuk mengeluarkan asid racun santau dalam darah.

TERAPI SEMULAJADI MEMBUKA URAT JANTUNG TERSUMBAT
Jus Lemon 01 cawan
Jus Halia 01 cawan
Jus Bawang Putih 01 cawan
Cuka Epal 01 cawan


Kaedah
Kacau semua ramuan di atas dan masak dgn api yang perlahan selama lebih kurang 30minit atau sehingga tinggal 2/3.

Biarkan sejuk. Setelah sejuk campur 3 cawan madu asli (bukan yang dicampur dgn bahan2 lain spt Habbatus Sauda') dan simpan dalam botol kaca. Masa memasaknya pun kena guna bekas kaca.

Minum setiap pagi sebelum sarapan satu sudu makan secara istiqamah.

InsyaAllah semua urat yang menyumbat pada urat jantung anda akan terbuka.

SELEPAS MINUM, LETAKKAN TANGAN KANAN ANDA KE DADA SAMBIL MEMBACA

'ALLAAHUMMA SOLLI 'ALAA QALBI SAIDINA MUHAMMAD' - 10kali

Amalkanlah...akan menjimatkan wang anda daripada pembedahan

UBAT DEMAM DENGGI

Boleh guna samada dua bahan berikut;

1) Buah tembikai dikupas kulit luar, blend isinya yang dikupas tadi, buat jus minum 4 kali sehari. Insaya-Allah denggi beransur sembuh.
2) Buah timun, jangan buang kulit. Blendkan dan buat jus minum 4 kali sehari.
3) Daun betik muda, blend buat jus minum 4 kali sehari

Ketiga2 petua ini mujarab untuk menaikkan bacaan platelet darah. Banyakkan minum air beralkali.


UBAT CIRIT-BIRIT ATAU KERACUNAN MAKANAN

Pucuk jambu batu yang muda, semasa memetik jangan guna tangan. Pautkan ranting dan gunakan mulut seperti kambing memamah pucuk jambu tersebut. Insya-Allah selepas kunyah dalam 2 jam boleh pulih cirit birit atau keracunan makanan.

PETUA MENGELAK LUMPUH

6 jenis makanan yg tidak boleh dimakan terutama warga emas utk menghindari lumpuh & stroke

1. Kangkung
2. Kacang panjang
3. Keladi
4. Pulut
5. Daging itik
6. Daun asin2

Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://zalpermai.forumotion.com
 
Sambungan Petua Melayu
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» wts stang nui clip on silver , raiser footstep underbone sambungan murah jogja solo ninja 250
» Adaptor Step
» (REALLY NEED HELP)
» (ask) toko yg jual knalpot r9
» Knalpot Two Brothers racing

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
ZAI PERMAI RESOURCES :: SUDUT MEREHAT MINDA :: PETUA-PETUA MELAYU-
Navigasi: